Visi

Melestarikan pendidikan ilmu Al-quran bagi melahirkan cendikiawan yang memenuhi keperluan JERSI (Jasmani, Emosi, Rohani, Sahsiah dan Intelektual) ummah.

Misi

  1. Melahirkan insan yang dapat menghayati isi kandungan Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan harian

  2. Melahirkan insan holistik yang seimbang dari segi rohani dan intelektual

  3. Memastikan kalamullah terus sebati dalam kehidupan dan tidak lupus ditelan zaman

Matlamat Penubuhan

Melahirkan hafizah berkualiti tinggi, cemerlang dunia akhirat

Objektif Penubuhan

  1. Melahirkan hafizah yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran

  2. Melahirkan hafizah yang intelek dan berkemahiran dengan personaliti mukminin

  3. Menyediakan sistem pendidikan tahfiz yang dapat memenuhi keperluan semasa

  4. Mejadi platform kepada masyarakat setempat dan umum yang berminat untuk mempelajari ilmu-ilmu yang ada dalam Al-Quran