• Majlis Selawat Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat, Rengit telah diadakan pada 14 November lalu, jam 2.30 petang yang dihadiri oleh wakil asatizah dan pelajar dari madrasah-madrasah di kawasan Benut dan Senggarang, Ahli PERKIM Rengit, orang-orang Kg Pt Latif serta orang ramai. 

  • Majlis tersebut dipimpin oleh ustaz jemputan khas iaitu Ustaz Hj Mohd Kamal Said, yang merupakan penceramah motivasi, penyebar selawat & pengamal perubatan Melayu Islam sejak tahun 1999 hingga sekarang.

  • Majlis bermula dengan pengenalan biodata ringkas ustaz dan kemudiannya selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh Ust Hj Mohd Kamal Said berpandukan kitab "Zadul Khayrat".


Tarikh: 14 November 2025 (Isnin)
Masa: 2.30 – 5.30 petang
Tempat: Kg Parit Latif, 83100, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Majlis Selawat Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat

14

NOV 2025