• Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat, Rengit bagi tujuan memperkenalkan kepada orang ramai mengenai proses membangunkan maahad tersebut.

  • Majlis telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan MTJLB, seluruh asatizah dan kakitangan KPTJ (Kumpulan Pendidikan Tahfiz Jawahir), ahli-ahli PERKIM Rengit, para penginfaq MTJLB dan seluruh penduduk kampung Rengit.

  • Aturcara majlis terdiri daripada bacaan doa dan selawat oleh Ustaz Muhammad Naqib, diikuti ucapan alu-aluan pengasas dan pengerusi MTJLB dan kemudiannya jamuan makan sambil menghayati persembahan nasyid oleh Kumpulan Qasidah Al-Jawahir.

Tarikh: 26 April 2025 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang-5.30 petang
Tempat: Surau Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat, Rengit

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

26

APRIL 2025